2. Cari dan salin kata nama am tidak hidup di dalam petikan cerita tersebut.
Seorang petani dan isterinya hidup gembira di sebuah ladang kecil,
menternak sekawan angsa dan menjual telurnya di pasar. Mereka tidak kaya tetapi
gembira dengan hidup mereka.
Suatu hari seekor angsa terbang masuk menyertai kawanan angsa-angsa
mereka. Keesokan harinya, pasangan itu terkejut apabila mendapati sebiji telur
emas berkilauan di sarang kawanan angsa mereka. Tiap-tiap hari selepas itu,
angsa itu akan mengeluarkan telur emas!
Tidak lama selepas itu, pasangan itu menjadi semakin kaya seperti yang
tidak pernah mereka impikan sebelum ini. Tetapi mereka tidak gembira. Mereka
tidak puas dengan hanya sebiji telur emas sehari. Petani itu berkata kepada
isterinya, “Angsa itu tentu penuh dengan emas. Kenapa perlu kita tunggu untuk
mendapatkan lebih banyak emas?” .
“Jika kita membelah badannya?.” Setuju isterinya. “Kita boleh mendapatkan
semua telur sekaligus”. Oleh itu, mereka pun membunuh angsa itu. Mereka
terperanjat apabila mendapati badannya sama sahaja seperti angsa-angsa lain.
Lebih teruk, mereka tidak akan memperoleh telur emas lagi !
No comments:
Post a Comment